Umum

NASIHAT APABILA MENGHADAPI BANJIR


Persediaan Sebelum Banjir:
1.            Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat;
2.            Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
3.            Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
4.            Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa;
5.            Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
6.            Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
7.            Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
8.            Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
9.            Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
10.        Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
11.         Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
12.        Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
13.        Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.

Apabila Berlaku Banjir:
1.            Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
2.            Ikuti arahan pihak berkuasa;
3.            Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
4.            Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
5.            Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
6.            Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
7.            Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
8.             Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
9.            Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
10.         Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

Selepas Banjir Reda:
1.            Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan daripada meminum air yang telah tercemar;
2.            Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
3.            Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
4.            Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
5.            Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
6.            Jika terserempak dengan haiwan liar/berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
7.            Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
8.             Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
9.            Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera.

Dipetik daripada Portal Banjir. Layarilah http://portalbanjir.mkn.gov.my/ untuk maklumat banjir yang terkini. 

No comments:

Post a Comment